Team Liquid - Pasukan Terakhir Terima Jemputan Terus Ke ESL One New York

Foto : ESL

ESL kini telah mengumumkan penerima slot terakhir jemputan terus ke kejohanan CS:GO ESL One New York. Dengan menamatkan Liga Profesional ESL musim ke-5 di tempat 4 terbaik, pasukan Liquid telah dipilih sebagai pasukan terakhir menerima jemputan terus ke ESL One New York.

Pasukan Liquid akan menyertai Astralis, Natus Vincere, Virtus.pro, SK Gaming, FaZe Clan dan dua buah pasukan dari pusingan kelayakan untuk bertanding pada kejohanan yang menawarkan hadiah sebesar $250,000 USD itu. ESL One New York akan berlangsung pada 17 dan 18 September ini di Barclay Arena, Barclay Center, New York.


Dikuasakan oleh Blogger.