Team Liquid - Organisasi Terbaru Tubuh Pasukan PUBG

Foto : Team Liquid

Selepas Cloud9 dan Team SoloMid, kini giliran organisasi Team Liquid menubuhkan pasukan PUBG mereka sendiri. Team Liquid menerusi laman rasmi mereka mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani empat orang pemain sebagai skuad bahar bagi permainan PlayerUnknown's Battleground.

Skuad PUBG Team Liquid :
  • Oliver 'Ollywood' Tell (Sniper/Flanker)
  • Björn 'Molnman' Won Hak Jansson (Sniper)
  • Daniel 'Hayz' Heaysman (Support)
  • Scoom (All/Leader)

Pasukan ini disahkan akan menyertai Gamescom PlayerUnknown's Battlegrounds Invitational yang akan berlangsung di Colonge, Germany pada pehunjung bulan ogos  ini. Pasukan ini akan menyertai dua buah lagi organisasi esukan popular iaitu Cloud9 dan Team SoloMid pada kejohanan tersebut.

PlayerUnknown's Battlegrounds merupakan sebuah permainan bergenre 'Battle Royale' yang sedang meningkat naik dan popular. Permainan tersebut kini merupakan permainan ketiga paling banyak dimainkan di platform steam dan mempunyai lebih 500,000 orang pemain walaupun masih lagi berada di dalam program 'akses awal' dan belum dilancarkan secara rasminya.



Sumber : Team Liquid


Dikuasakan oleh Blogger.