Team Liquid Adalah Juara The International 2017 - Bawa Pulang Lebih RM 46 Juta



Team Liquid menjulang Aegis of The Champions di pentas utama kejohanan The International 2017 selepas menewaskan pasukan dari China iaitu Newbee pada perlawan akhir kejohanan The International 2017. Ini merupakan kali pertama perlawanan akhir kejohanan The International berakhir dengan keputusan bersih 3-0 semenjak ia diperkenalkan.

Ini juga memperlihatkan bahawa sekali lagi tiada pasukan yang pernah memenangi The International berjaya menjulang Aegis of The Champions buat kali kedua. Impian Newbee untuk menjadi pasukan pertama menjulangnya buat kali kedua dimusnahkan oleh Team Liquid yang mara ke perlawanan akhir itu dari pusingan lower bracket kejohanan.

Setelah ditewaskan oleh Invictus Gaming pada pusingan pertama upper bracket, Team Liquid mara menewaskan kesemua lawan mereka di pusingan lower bracket untuk mara ke final kejohanan. Sebagai juara keseluruhan kejohanan, Team Liquid akan membawa pulang hadiah wang melebihi RM 46 juta. Sebagai naib juara, pasukan Newbee pula akan membawa pulang hadiah sebanyak ~RM 16 juta.

Foto :Wykrhm

Barisan pemain Team Liquid :

  • Lasse 'Matumbaman' Urpalainen 
  • Amer 'Miracle-' Al-Barkawi
  • Ivan 'MinD_ContRoL' Borislavov Ivanov
  • Maroun 'GH' Merhej
  • Kuro 'KuroKy' Salehi Takhasomi

Jurulatih
  • Lee 'Heen' Seung Gon


Dikuasakan oleh Blogger.