Team Empire, Virtus.Pro, OG Tersingkir Di Hari Ke-4 The International 2017

Foto :Valve / Dota 2

Tiga buah lagi pasukan meninggalkan pentas utama The International  2017 selepas tewas kepada lawan masing masing di pusingan lower bracket. Team Empire menamatkan kempen TI7 mereka pada perlawanan pertama untuk hari ke-4 setelah tewas kepada Team Liquid. Team Liquid menamatkan kedua dua siri yang dimainkan kurang 35 minit setelah ia bermula.

Perlawanan kedua hari ke-4 pula melibatkan pasukan OG dan LGD Gaming. Juara 4 kali kejohanan major itu sekali lagi gagal untuk mencapai impian mereka menjulang Aegis of The Champions setelah disingkirkan oleh LGD dengan keputusan akhir 2-0.

Virtus.Pro menjadi pasukan terakhir tersingkir pada hari ke-4 ini setelah tewas kepada Team Liquid. Perlawanan yang berlangsung sengit itu memperlihatkan pasukan Virtus.Pro tidak mudah menyerah kalah malah memaksa Team Liquid untuk bermain pada siri pertama sehingga lebih 100 minit. Namun begitu, Team Liquid kekal bermain dengan baik dan akhirnya menyingkirkan pasukan dari rantau CIS itu dengan keptuusan 2-1.

Team Liquid akan mara untuk bertemu dengan pemenang bagi perlawanan antara Invictus Gaming dan LGD Gaming pada keesokan hari.





Dikuasakan oleh Blogger.