Super Evil Megacorp Terima Suntikan Dana Melebihi RM81 Juta

Vainglory World 2016 - Foto :SEMC

Syarikat pembangun permainan mudah alih popular, Super Evil Megacorp (SEMC) hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah menerima suntikan dana sebanyak 19 juta USD ( +-RM81 juta) daripada pelabur mereka. Syarikat tersebut popular dengan permainan moba mudah alih mereka iaitu Vainglory. Permainan tersebut mempunyai liga kompetitif esukan mudah alih yang besar dan disertai oleh banyak organisasi ternama seperti Fnatic, Team SoloMid, Cloud9 dan Immortals.





Dengan penambahan dana ini, SEMC menerusi kenyataan yang dikeluarkan mereka berkata bahawa mereka mahu mengunakkannya untuk memfokuskan kepada pembangunan mod permainan 5v5 pada permainan Vainglory. Selain itu, mereka juga mahu menambah baik lagi enjin permainan mereka yang bertaraf konsol dan menyokong berbilang platform sistem operasi itu.

SEMC turut mengmumkan bahawa mereka telah membesarkan lagi ruang pejabat mereka dan mahu mengambil lebih ramai pekerja bagi membolehkan mereka menjadi pembangun permainan mudah alih terbaik didunia. Mereka juga mahu menjadikan Vainglory dan permainan akan datang mereka sebagai permainan ternama di dunia.




Sumber : Super Evil Megacorp 
Dikuasakan oleh Blogger.