SKT T1 Terima Penalti Akibat Komen Bang Semasa Melakukan Strim

 Foto : lolesports.com

Pasukan League of Legends, SKT T1 telah diberikan penalti oleh Jawatankuasa Operasi LCK selepas pemain mereka Junsik "Bang" Bae mengeluarkan komen biadap semasa melakukan strim.

Pasukan itu diberikan penalti 'Caution' dimana jika diterima sebanyak dua kali akan menyebabkan mereka menerima amaran dan jumlah mata pasukan itu ditolak pada liga tersebut. Pada bulan Februari lepas, semasa melakukan strim, Bang menerima komen daripada penonton yang menyuruhnya untuk bekerja lebih keras. Sebagai respon, Bang berkata 'Gaji saya lebih tinggi walaupun 100 orang seperti kalian digabungkan. Lihatlah diri anda sendiri dan bekerja lebih keras'.

Akibat daripada kontoversi tersebut, Bang telah mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada bulan Julai yang lalu.


Sumber : Inven Global
Dikuasakan oleh Blogger.