Senarai 22 Kejohanan Major dan Minor Dota 2 bagi Musim 2017/2018 Didedahkan

Foto : ESL

Selepas mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan menganjurkan kejohanan Major, pihak Valve mengumumkan sistem baharu dimana mereka akan menaja kejohanan pihak ketiga yang dibahagikan kepada kejohanan major dan minor.

Kini, senarai 22 kejohanan major dan minor tersebut telah pun didedahkan. 22 Kejohanan tersebut dibahagikan kepada 11 kejohanan bertaraf major dan 11 kejohanan bertaraf minor. Walaupun jumlah kejohanan ini dilihat terlalu banyak bagi sesebuah pasukan untuk menyertainya, berdasarkan maklumat yang diterima, pihak Valve menyatakan bahawa ini keputusan ini diambil agar pasukan bertaraf tinggi menfokuskan pada kejohanan major manakala pasukan bertaraf serdahana boleh memfokuskan kejohanan Minor.

Kejohanan kejohanan ini juga akan memberikan pemain 'mata kelayakan' yang akan mempengaruhi senarai jemputan bagi kejohanan The International 2018 kelak. Sistem penuh bagi pemberian mata kelayakan ini akan diumumkan oleh Valve pada kemudian hari.

Foto : Cyborgmatt


Sumber : Cyborgmatt
Dikuasakan oleh Blogger.