Riot Perkenal Champion Terbaru League of Legends, Ornn - The Fire Below The Mountain

Foto : Riot Games

Riot kini memperkenalkan Champion terbaru permainan League of Legends secara rasmi setelah mengumumkannya pada pelan hala tuju pada bulan Julai yang lalu. Champion dari kelas vanguard itu dinamakan sebagai Ornn - The Fire Below The Mountain.

Ornn hadir dengan dua jenis abiliti pasif iaitu Living Forge dan juga Master Craftsman. Living Forge membolehkan Ornn menggunakan emas yang terkumpul bagi mencipta senjata melalui menu khas setiap kali beliau berada diluar pertelingkahan. Master Craftsman pula membolehkan beliau dan rakan sepasukan menaiktaraf item terpilih didalam kedai semasa bermain.


Foto : Riot Games


Abiliti abiliti lain yang ada pada Ornn adalah seperti berikut :

Q : Volcanic Rupture

Ornn menghentam tanah, menghantar fisur yang mencedera dan memperlahankan musuh.Selepas seketika, sebuah tiang magma akan terhasil di sasaran berfungsi sebagai pagar kecil untuk seketika.


W : Bellows Breath

Ornn menjadi tidak mampu dihalang, melindungi dirinya dan menghembuskan api. Api ini akan menyebabkan kecereaan magikal kepada musuh. Musuh yang terkena pada sisa terakhir api tersebut akan menjadi Brittle dan akan terlontar kebelakang sedikit jika diserang oleh Ornn. Musuh yang berada didalam bentuk Brittle akan menerima sedikit bahagian nyawa mereka sebagai kecederaan bonus.


E : Searing Charge

Ornn akan berlari ke  sasaran, mencederakan musuh yang dilaluinya. Jika Ornn dihalang oleh dinding, ia akan menyebabkan gegaran yang mencederakan musuh. Sebarang binaan yang dihasilkan oleh musuh juga akan musnah jika dilanggar oleh abiliti ini.


R : Call of The Forge God

Ornn menyeru elemen api besar di lokasi sasaran. Api tersebut kemudiannya akan bergerak kearah Ornn dengan laju dan mencederakan musuh dengan kecederaan magikal. Musuh yang dilanggar akan berada didalam bentuk Brittle. Ornn boleh menggunakan semula abiliti ini untuk berlari ke hapadan. Jika Ornn dan elemen api tersebut bertembung, api tersebut akan kembali semula ke sasaran asal dan menyebabkan keceraan yang sama untuk kali kedua.


Dikuasakan oleh Blogger.