Pudge Tewaskan Rubick Untuk Memenangi Undian Arcana The International 2017

Foto :Wykrhm

Semenjak diperkenalkan pada tahun 2014 lalu, undian Arcana kini telah menjadi salah satu acara yang dinantikan pada setiap kejohanan The International. Undian Arcana merupakan sebauh acara dimana para pembeli Battle Pass The International diberikan peluang untuk memilih hero yang akan memperoleh kosmetik bertaraf Arcana.

Kini, pemenang bagi undian Arcana untuk The International 2017 telah diumumkan secara rasmi. Acara kali ini memperlihatkan sebanyak 57,585,883 undian teah direkodkan. Dengan rekod yang amat sengit, Pudge berjaya menewaskan Rubick setelah memperoleh 8711 undian melebihi Rubick atau 50.008% dariapda undian keseluruhan.


Dikuasakan oleh Blogger.