PPD Letak Jawatan CEO, Zai Meninggalkan Evil Geniuses



Peter 'PPD' Dager hari ini mengumumkan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai CEO keapda Evil Geniuses berkuatkuasa serta merta. Beliau berkata bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan peribadi beliau untuk mengejar cita cita peribadi dan profesional beliau.

Selain daripada peletakkan jawatan PPD sebagai CEO, pengurus pasukan Evil Geniuses, Philip Aram telah dilantik sebagai COO kepada organisasi  tersebut. Philip turut sama mengumumkan bahawa beliau akan menambah staf bagi membantu pengurusan dan pasukan di bawah organisasi mereka.

Evil Geniuses turut sama mengumumkan perubahan didalam pasukan Dota 2 mereka. Mereka mengumumkan bahawa  Ludwig "zai" Wåhlberg telah meninggalkan pasukan tersebut. Namun begitu, penganti kepada Zai masih belum diumumkan dan akan dilakukan pada kemudian hari.

Evil Geniuses Dota 2 :

Artour "Arteezy" Babaev
Sumail "SumaiL" Hassan
Saahil "UNiVeRsE" Arora
Andreas "Cr1t-" Nielsen
Clinton “Fear” Loomis (Jurulatih)


Sumber : Evil Geniuses
Dikuasakan oleh Blogger.