Planet Odd Berpisah Dengan Skuad Dota 2 Mereka



Organisasi esukan baharu, Planet Odd hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berpisah dengan skuad Dota 2 mereka setelah da bulan bersama. Menerusi kenyataan yang dimuat-naik dilaman Facebook mereka, setelah berbincang dengan pemain, kedua dua pihak bersetuju untuk berpisah. Skuad tersebut gagal melayakkan diri ke kejohanan The International  2017 walaupun 4  daripada 5 pemain mereka merupakan naib johan bagi kejohanan The International 2016 yang lalu.

Setakat ini, menurut Saksa, pasukan itu telah berpisah dan akan membawa hala tuju masing masing. Dalam pada masa yang sama, salah seorang pemain mereka, Resolution mungkin akan mengantikan Chappie bagi pasukan Empire setelah Chappie masih belum memperoleh passportnya untuk terbang ke Seattle.



Bekas Skuad Dota 2 Planet Odd :
  • David 'MoonMeander' Tan
  • Rasms 'MiSeRy' Filipsen
  • Roman 'Resolut1on' Fominok
  • Aliwi 'w33' Omar
  • Martin 'Saksa' Sazdov



Sumber : Planet Odd (Facebook)
Dikuasakan oleh Blogger.