Pendaftaran Bagi Overwatch Open Division Musim Ke-2 Kini Dibuka



Overwatch Open Division merupakan sebuah program permulaan untuk pendatang baharu yang mahu menjadi seorang pemain profesional bagi permainan Overwatch. Overwatch Open Division hanya boleh disertai oleh pemain yang telah mencapai ranking Master ke atas (skill rating 3500+) didalam musim liga kompetitif terbaru.

Kini, pendaftaran bagi musim kedua program ini telah puun dibuka untuk rantau Brazil, Amerika Utara, Amerika Latin, Asia Tengara dan Australia/NZ. Bagi mereka yang mahu mencari jalan ke dunia profesional Overwatch, anda boleh mendaftarkan pasukan anda di laman pendaftaran rasmi yang dikendalikan oleh ESL.




Layari : Laman Pendaftaran ESL Overwatch Open Division
Dikuasakan oleh Blogger.