Pajkatt dan Biver Meninggalkan Natus Vincere

Foto : NaVi


Selepas kembalinya XBOCT ke pasukan Natus Vincere sebagai jurulatih, kini perubahan pasukan itu berterusan dengan perginya Per Anders 'Pajkatt' Olsson Lille dan Malthe 'Biver' Winther. Pengumuman itu dilakukan oleh Navi secara rasmi menerusi laman web rasmi mereka.

Pasukan itu kini hanya mempunyai tiga orang pemain sahaja. NaVi turut mengumumkan bahawa mereka sedang mencari pemain baharu dan akan mengumumkannya selepas tamatnya The International 2017 kelak.

Pasukan Dota 2 NaVi :

  • Danil 'Dendi' Ishutin
  • Victor 'GeneRaL' Nigrini
  • Akbar 'SoNNeikO' Butaev




Sumber : Natus Vincere
Dikuasakan oleh Blogger.