Overwatch Memperkenalkan Mod Permainan Deathmatch Secara Rasmi Dengan Peta Khas Château Guillard

Foto : Blizzard

Blizzard telah mengumumkan nota kemaskini rasmi bagi server ujian PTR (Public Test Region) mereka. Pada kemaskini kali ini, dua mod permainan baharu telah ditambah di arked iaitu Deathmatch dan Team Deathmatch.

Melalui mod permainan Deatchmatch, pemain akan bertarung dengan lapan orang pemain lain. Pemain yang paling pantas mencapai 20 mata akan menjadi pemenang. Pemain akan dianugerahkan 1 mata bagi setiap kali mereka membunuh pemain lain dan akan ditolak 1 mata setiap kali mereka dibunuh pihak lawan.

Mod permainan Team Deathmatch pula meletakkan pemain didalam salah satu daripada dua kumpulan dengan 4 orang pemain bagi setiap kumpulan. Keda dua pihak akan bertarung bagi menjadi pasukan pertama mencapai 30 mata. Kiraan mata agi mod ini adalah sama dengan permainan  Deathmatch biasa, namun begitu, jika pemain dihidupkan semula oleh rakan sekumpulan sebelum mereka respawn, mata yang dierikan kepada pihak lawan akan dibatalkan.

Bizzard turut memperkenalkan sebuah peta khas baharu untuk mod  permainan ini iaitu Château Guillard. Peta yang terletak di Annecy, Perancis itu merupakan estet bagi keluarga Guillard sehinggalah berlakunya revolusi yang menyebabkan keluarga itu kehilangan kuasa mereka. Kini, Château Guillard dimiliki oleh agen Talon, Widowmaker.





Selain daripada Château Guillard, mod permainan Deatchmatch juga boleh dimainkan pada peta biasa. Blizzard telah mengubahsuai peta biasa apabila ia digunakan untuk mod permainan tersebut. Senarai penuh peta yang boleh dimainkan adalah seperti berikut :


  • Hanamura
  • Horizon Lunar Colony
  • Temple of Anubis
  • Volskaya Industries
  • Dorado
  • Eichenwalde
  • Hollywood
  • King’s Row
  • (TDM sahaja) Black Forest
  • (TDM sahaja) Castillo
  • (TDM sahaja) Ecopoint: Antarctica
  • (TDM sahaja) Necropolis
Dikuasakan oleh Blogger.