Newbee, LFY Mara Ke Pusingan Tiga Terbaik - Ringkasan Hari Ketiga Acara Utama The International 2017



Hari ketiga acara utama The International 2017 memperlihatkan dua buah pasukan dari China mara ke pusingan 3 terbaik sekaligus mengesahkan bahawa sekurang kurangnya sebuah pasukan dari China akan berada di pentas akhir kejohanan untuk merebut Aegis of The Champions.

Newbee menjadi pasukan pertama mara ke pusingan 3 terbaik setelah menewaskan pasukan senegara mereka iaitu Invictus Gaming. Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada Newbee. Sebuah lagi pasukan yang mara adalah pasukan LGD.Forever Young yang menewaskan pasukan Virtus.Pro. Pasukan yang memiliki seorang pemain dari Malaysia iaitu Ah Fu tidak memberikan peluang langsung kepada Virtus.Pro untuk mencabar mereka. LFY menguasai kedua dua perlawanan dan mara untuk bertemu dengan Newbee.




Sementara itu, di pusingan lower bracket, sejarah bagaikan berulang apabila kedua dua perlawanan yang berlangsung adalah sama dengan perlawanan yang berlangsung pada kejohanan The International 2016 lalu. Pasukan OG kembali bertemu dengan pasukan TNC manakala pasukan Digital Chaos bertemu dengan pasukan LGD Gaming.

Namun begitu, pasukan TNC gagal untuk sekali lagi mencipta sejarah apabila tewas kepada pasukan OG. Keputusan yang sama juga berlaku pada pasukan Digital Chaos apabila LGD berjaya menewaskan mereka sekaligus membalas dendam mereka untuk kejohanan tahun lalu. Kedua dua pemenang akan bertemu sesama sendiri di pusingan seterusnya. Kekalahan TNC juga memperihatkan kini tiada lagi pasukan dari Asia Tenggara bertarung di pusingan seterusnya.

Pada hari ketiga ini juga, Valve telah mengumumkan pemenang bagi undian Arcana The Internatioanl 2017.




Dikuasakan oleh Blogger.