League of Legends Bakal Menguji Penggunaan Emote Di Dalam Permainan Itu



Alex “Tim Teemo” Kovalenko, Pengurus Produk bagi permainan League of Legends mengumumkan bahawa mereka akan menambah emote ke dalam permainan itu dan menguji pernggunaannya pada platform beta PBE bagi jangka masa terhad untuk memperoleh maklumbalas dari pemain.

Emote sebelum ini boleh digunakan pada acara acara khas seperti Snowdown, Worlds, dan Arcade. Namun begitu, emote tersebut mempunyai beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki seperti jangka masa yang terhad dan had jumlah penggunaanya.




Alex berkata bahawa Riot mahu menjadi emote sebagai salah satu alat komunikasi untuk pemain meluahkan ekspresi mereka. Jika ujian ini mencapai respon dan sasarannya, ia akan di integrasikan secara rasmi menjelang akhir tahun ini.






Sumber : Riot Games

Dikuasakan oleh Blogger.