Korea Selatan, Kanada Mara Ke Piala Dunia Overwatch 2017



Pasukan Korea Selatan dan Kanada mara ke kejohanan Piala Dunia Overwatch 2017 selepas menewaskan lawan masing masing pada pusingan play-off peringkat kelayakan di Katowice, Poland. Pasukan Korea Selatan menewaskan pasukan Rusia manakala pasukan Kanada menewaskan pasukan Belanda.

Mereka juga memenangi hadiah wang sebanyak $9,000. Kedua dua pasukan itu akan menyertai empat lagi pasukan yang telah melayakkan diri melalui pusingan kelayakan di Sydney dan Shanghai iaitu Sweden, Australia, China dan Perancis  ke kejohanan Overwatch World Cup yang akan berlangsung pada bulan November kelak di Blizzcon Final di Anaheim Convention Center.

Selepas Katowice, kini hanya tinggal sebuah lagi pusingan kelayakan iaitu pusingan kelayakan di Santa Monica. Pusingan ini pada awalnya dipilih utnuk diadakan di Burbank seelum ditukar ke Santa Monica. Ia akan disertai oleh lapan negara iaitu Belgium, Brazil, Jerman, Israel, New Zealand, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Dikuasakan oleh Blogger.