Kejohanan Vainglory World 2017 Di Singapura - Reza, Pembunuh Hendap Terbaru Di Halycon Fold Didedahkan



Pembangun bagi permainan mudah alih popular, Vainglory, Super Evil Megacorp dalam kemaskini pembangun terbaru mereka mengumumkan bahawa kejohanan Vainglory World 2017 akan diadakan di Singapura. Vainglory World merupakan kejohanan terbesar pemainan ini dan boleh dikatakan sama seperti piala dunia bagi bolasepak.

Pada tahun 2016, kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $120,000 USD dimana pemenang tempat pertama, Phoenix Armada membawa pulang hadiah sebanyak $60,000 USD. Selain daripada itu, SEMC turut mendedahkan sedikit teaser berkaitan hero terbaru permainan tersebut iaitu Reza. Reza merupakan hero dari kelas pembunuh hendap sama seperti Taka, Koshka, Ozo, Blackfeather dan Idris. Reza akan boleh dimainkan pada kemaskini 2.7 yang akan tiba tidak lama lagi.



Selain daripada itu, SMEC turut sekali lagi mengesahkan beberapa perubahan yang diumumkan pada kemaskini pembangun sebelum ini seperti peningkatan kualiti ping dan pengembalian semua glory kepada pembeli talent.





Dikuasakan oleh Blogger.