Kejohanan ELEAGUE CS:GO Premier Tawar Hadiah Keseluruhan Berjumlah Lebih RM4 Juta



Selepas mengumumkan pasukan yang akan menyertai Kejohanan ELEAGUE CS:GO Premier pada pada penghujung bulan Julai lalu, Eleague kini mendedahkan butiran lanjut mengenai kejohanan tersebut seperti jumlah hadiah dan jadual dan tarikh siaran.

Kejohanan tersebut akan ditayangkan menerusi laman Twitch, Youtube, Eleague.com dan saluran televisyen kabel TBS bermula 1 September ini. Kejohanan ini akan menggunakan format kalah mati dua kali dan juara kejohanan akan memperoleh $500,000 (~RM 2.1 Juta) daripada $1,000,000 (~RM 4.2 Juta) hadiah keseluruhan yang ditawarkan.


Sumber : Eleague

Dikuasakan oleh Blogger.