Invictus Gaming, Newbee Mara Ke Pusingan 6 Terbaik The International 2017



Acara utama The International 2017 bermula dengan kemenangankepada dua pasukan dari China iaitu Newbee dan Invictus Gaming. Kedua dua pasukan itu menewaskan lawan masing masing pada dua perlawanan pertama upper bracket dan mara ke pusingan 6 terbaik.

Invictus Gaming mengecewakan peminat Team Liquid apabila menewaskan pasukan itu dengan keputusan 2-1. XXS bermain dengan amat baik menafikan pelbagai usaha Team Liquid untuk menewaskan pasukan mereka. Team Liquid kini akan bermain di lower bracket berhadapan dengan pemenang bagi perlawanan antara Secret dan Execration.

Pasukan Newbee pula mengecewakan pasukan tuan rumah Evil Geniuses setelah menewaskan pasukan itu dengan keputusan 2-0. Newbee akan bertemu dengan Invictus Gaming pada perlawanan pertama di psuinagn 6 terbaik. Evil Geniuses pula kini terpaksa berhadapan dengan pemenang bagi perlawanan antara Cloud9 dan Team Empire di lower bracket.


Dikuasakan oleh Blogger.