IceIceIce Kembali Sertai Vici Gaming?

Foto : ESL

Berakhirnya kejohanan The International 2017 memperlihatkan para pemain mula merancang masa depan mereka bagi musim kompetitif Dota 2 akan datang. Pemain Dota 2 popular dari Singapura, Daryl Koh 'IceIceIce' Pei Xian telah melakukan pengumuman mengenai perancanganya melalui sesi strim beliau di laman web Twitch.

IceIceIce mengumumkan bahawa beliau akan kembali ke China bagi menyertai Vici Gaming bersama sama dengan Iceiceice, Fenrir, Ori, LaNm dan Yang. Walaupun begitu, masih tidak dapat dipastikan sama ada beliau serius dengan kenyataan ini mahupun hanya sekadar bergurau sahaja. Dengan tempoh pertukaran pemain yang masih belum bermula, pelbagai perubahan dapat berlaku ketika ini dan kepastiannya hanya boleh disahkan apabila tempoh pertukaran pemain dibuka dan ditutup kelak.




Sumber : Twitch (IceIceIce)
Dikuasakan oleh Blogger.