Fnatic dan Hellraiser - Dua Pasukan Pertama Tersingkir Daripada The International 2017

Foto : Fnatic

Pasukan yang berpangkalan Asia Tenggara, Fnatic menjadi pasukan pertama tersingkir daripada kejohanan Dota 2, The International 2017 selepas tewas kepada pasukan Evil Geniuses. Kekalahan itu menjadi Fnatic pasukan yang memperoleh mata terendah di peringkat kumpulan kejohanan tersebt sekaligus menjadi pasukan pertama tersingkir.

Pasukan itu hanya mampu memenangi dua siri sepanjang peringkat kumpulan berlangsung. Penyingkiran ini meletakkan pasukan itu sebagai pasukan 17/18 kejohanan. Mereka akan membawa pulang hadiah sebanyak $59,057 USD. Selepas memenangi tempat  keempat pada kejohanan The International 2016 lalu, ini merupakan antara persembahan terburuk pasukan itu di The International.

Sebuah lagi pasukan yang tersingkir adalah Hellraiser. Walaupun berbaki sebuah lagi perlawanan, pasukan itu kini tidak mampu mengejar pencabar terdekat mereka iaitu Cloud9. Penyingkiran ini meletakkan mereka bersama sama Fnatic sebagai pasukan di tempat ke-17/18 kejohanan.
Dikuasakan oleh Blogger.