Flash Wolves Menjadi Pasukan Pertama Melayakkan Diri Ke Kejohanan World 2017



Flash Wolves menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke kejohanan World 2017 selepas selepas menewaskan pasukan Raise Gaming pada perlawanan penentuan tempat pertama bagi musim panas liga League of Legends Masters Series (LMS).

Sebagai pemenang tempat pertama bagi musim panas liga LMS, pasukan itu akan mara ke perlawanan akhir peringkat play-off musim panas iga tersebut. Kemaraan ini meletakkan mereka sebagai pasukan pertama yang melayakkan diri ke kejohanan World 2017 kerana pasukan itu akan mendapat sekurang kurangnya tempat kedua pada pusingan play-off tersebut dan 90 mata kelayakan kepada pasukan itu.

Pasukan itu kini mempunyai mata kelayakan tertinggi di LMS sekaligus melayakkan mereka menyertai kejohanan World 2017. Pasukan itu akan disertai oleh dua buah lagi pasukan setelah slot bagi liga LMS telah ditambah kepada tiga bagi kejohanan World 2017.

Keputusan musim panas liga LMS - Foto : lol.esportswikis.com

Jadual pusingan playoff musim panas LMS - Foto : lol.esportswikis.com


Sumber : /r/leagueoflegends/
Dikuasakan oleh Blogger.