Evil Geniuses, Team Secret Tersingkir Di Hari Kedua Acara Utama The International 2017



Hari kedua acara utama TI7 memperlihatkan Team Empire meneruskan kemaraan mereka menuju ke Aegis of The Champions dengan menewaskan pasukan Evil Geniuses. Perlawanan di pusingan kedua lower bracket itu memperlihatkan pasukan Empire menyapu bersih kedua dua perlawanan tanpa memberi peluang kepada pasukan EG.

Team Empire akan bertemu dengan pasukan Liquid yang menewaskan pasukan Secret pada sebuah lagi perlawanan di pusingan kedua lower bracket.  Namun begitu, kemaraan pasukan Liquid tidak semudah pasukan Empire apabila pasukan Secret memulakan perlawanan itu dengan memenangi siri pertama. Namun begitu, pasukan Liquid menunjukkan bahawa mereka lebih layak untuk mara dengan menguasai dua siri seterusnya dan menyingkirkan pasukan Secret dari kejohanan.

Sementara itu, di pusingan upper bracket, empat buah pasukan bertembung bagi menentukan siapakah yang lebih layak untuk mara ke pusingan 6 terbaik. Pasukan LGD.Forever Young bertemu dengan pasukan dari Asia Tengara iaitu TNC Pro Team manakala pasukan LGD Gaming bertemu dengan pasukan Virtus.Pro.

Pasukan Virtus.Pro dan LGD.Forever Young mengesahkan tempat mereka di pusingan 6 terbaik dengan menewaskan lawan masing masing dengan keputusan 2-0. Pasukan TNC dan LGD pula akan jatuh ke pusingan lower bracket. Seperti kejohanan The International 2016, TNC kini perlu bertemu dengan pasukan OG bagi meneruskan perjalanan mereka manakala Pasukan LGD pula akan menghadapi pasukan Digital Chaos.


Foto : Wykrhm


Sementara itu sebelum menamatkan hari kedua ini, pihak Valve turut sama mengejutkan pengunjung kejohanan dengan melakukan pengumuman tentang permainan terbaru mereka. Valve mengumumkan permainan Artifact, sebuah permainan kad digital bertemakan Dota 2 yang akan dilancarkan pada 2018 kelak.


Dikuasakan oleh Blogger.