Epic Esports Events Muat-naik Teaser Kejohanan Epicenter CS:GO Akan Datang



Epic Esports Events, penganjur kepada kejohanan Epicenter hari ini memuat-naik sebuah video teaser mengenai kejohanan Epicenter bagi permainan CSGO yang akan diadakan tidak lama lagi. Menerusi video tersebut, hanya jumlah hadiah keseluruhan didedahkan iaitu USD 500,000 (~RM 2.1 Juta).

Info lanjut berkaitan lokasi, tarikh dan pasukan jemputan masih belum didedahkan. Selain daripada permainan CSGO, Epic Esports Events juga ada menganjurkan kejohanan Epicenter bagi permainan Dota 2 sebelum ini. Epicenter menerima respon yang baik daripada komuniti kerana menghasilkan produksi yang amat menarik dan teratur sepanjang kejohanan mereka berlangsung.

Dikuasakan oleh Blogger.