Empat Penyingkiran Di Hari Pertama Acara Utama The International 2017



Selepas dua perlawanan di pusingan upper bracket yang memperlihatkan Newbee dan Invictus Gaming mara ke pusingan 6 terbaik, The International 2017 mempersembahkan empat perlawanan penyingkiran di pusingan lower bracket kejohanan.

Perlawanan penyingkiran pertama dimulakan dengan pasukan Secret dan Execration. Pasukan Secret dilihat dengan mudah menewaskan pasukan Execration yang pertama kali mara ke acara utama kejohanan The International. Perbezaan pengalaman dapat dilihat dengan jelas dengan tersingkirnya pasukan Execration. Pasukan Secret pula mara ke pusingan kedua lower bracket untuk bertemu dengan pasukan Liquid yang tewas kepada Invictus Gaming di perlawanan pertama upper bracket.

Perlawanan penyingkiran kedua pula berlangsung antara pasukan Cloud9 dan Team Empire. Perlawanan ini berakhir memihak kepada pasukan Empire yang akan mara ke psingan edua lower bracket untuk bertemu dengan pasukan Evil Geniuses.

Juara empat kali kejohanan major, pasukan OG dengan mudah menewaskan pendatang baru The International, pasukan Infamous. Pasukan itu tewas setelah hanya lebih 30 minit perlawanan berlangsung. Pasukan OG akan mara untuk bertemu dengan pasukan yang kecundang pada perlawanan antara LGD.Forever Young dan TNC Pro Team.

Perlawanan terakhir bagi hari pertama kejohanan pula melibatkan pasukan IG.Vitality dan Digital Chaos. Seperti mana OG, pasukan Digital Chaos hanya mengambil masa 33 minit untuk menyingkirkan pasukan IG.Vitality. Pasukan itu akan mara ke pusingan kedua lower bracket untuk berjumpa dengan pasukan yang tewas pada perlawanan antara LGD Gaming dan Virtus.Pro.

Keempat empat pasukan yang tersingkir akan membawa pulang hadiah sebanyak $119,605 USD sebagai pemenang tempat 13-16 kejohanan.


Foto : Wykrhm


Dikuasakan oleh Blogger.