Cloud9, The Kroenkes Beli Slot Francais Liga Overwatch Untuk London dan Los Angeles



Setelah mengumumkan tujuh pasukan yang menyertai liga Overwatch pada bulan Julai yang lalu, Blizzard kini mengumumkan dua buah pemilik baharu slot francais liga tersebuut. Cloud9 kini dinamakan sebagai pemilik bagi slot untuk London manakala Stan Kroenke dan Josh Kroenke akan menjadi pemilik kedua untuk bandar Los Angeles.

Cloud9 merupakan sebuah organisasi yang tidak asing lagi didalam arena esukan. Organisasi tersebut mempunyai beberapa pasukan yang meliputi pelbagai permainan seperti League of Legends, Dota 2, Vainglory dan Rocket League. Stan Kroenke dan Josh Kroenke pula merupakan pemilik bagi LA Rams dan pelbagai pemilikan didalam syarikat sukan dan media lainnya.

Berikut merupakan senarai penuh pemilik bagi setiap bandar dan pasukan mereka:

Boston : Robert Kraft (CEO kepada New England Patriots dan Kraft Group)
New York :   Jeff Wilpon (COO bagi New York Mets)
Los Angeles : Noah Whinston  (CEO Immortals)
Los Angeles 2 : Stan Kroenke dan Josh Kroenke
Miami-Orlando : Ben Spoont (CEO Misfit Gaming)
San Francisco :  Andy Miller (NRG Esports)
Shanghai : Netease (Rakan usahasama Blizzard di China)
Seoul : Kevin Chou (Salah seorang pengasas Kabam)
London : Cloud9


Sumber : Overwatch League
Dikuasakan oleh Blogger.