Cloud9 Ganti OpTic Di DreamHack Masters Malmö



Dreamhack hari ini mengumumkan bahawa slot bagi pasukan OpTic di DreamHack Masters Malmö akan diberikan kepada pasukan Cloud9 selepas pasuka OpTic melakukan pertukaran pemain baru baru ini.

Keputusan itu diambil setelah pasukan OpTic menukar tiga pemain daripada pasukan mereka. Peraturan Dreamhack menyatakan bahawa sesuatu pasukan seharusnya mempunyai sekurang kurangnya tiga orang pemain yang sama semasa mereka dijemput dan ketika mereka bertanding di kejohanan  itu.

Pasukan OpTic baru baru ini mengumumkan bahawa mereka telah melakukan perubahan barisan pemain dengan mengambil Adam "friberg" Friberg dari pasukan NiP, Aleksi "allu" Jalli daripada FaZe Clan dan Emil "Magiskb0Y" Reif yang sebelum ini bermain bagi pasukan North.

Akibat daripada pertukaran pemain ini juga, pasukan itu terpaksa menarik diri daripada ELEAGUE’s CS:GO Premier. Peraturan yang sama seperti Dreamhack juga adalah sebab keputusan ini diambil oleh penganjur iaitu Eleague.


Sumber : Dreamhack
Dikuasakan oleh Blogger.