Cloud9 dan EnVyUs Melayakkan Diri Ke ESL One New York



Barisan pasukan bagi kejohanan ESL One New York kini lengkap selepas berakhirnya pusingan kelayakan bagi rantau Amerika Utara dan Eropah. Pasukan Cloud9 mengesahkan tempat mereka selepas menewaskan pasukan Rise Nation pada perlawanan akhir pusingan kelayakan untuk rantau Eropah.

Bagi rantau Amerika Utara pula, slot ke kejohanan tersebut dimenangi oleh psukan EnVyUs yang menewaskan pasukan Gambit Esports. Kedua dua pasukan akan menyertai 6 lagi pasukan yang telah menerima jemputan terus ke kejohanan tersebut iaitu Team Liquid, Astralis, Natus Vincere, Virtus.pro, SK Gaming dan FaZe Clan.

ESL One New York akan berlangsung pada 17 dan 18 September ini di Barclay Arena, Barclay Center, New York. Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah sebesar $250,000 USD.
Dikuasakan oleh Blogger.