Butiran Mengenai Kejohanan Major Pertama Selepas The International 2017, 'ESL One Hamburg' Diumumkan

Foto : ESL

Selepas senarai 22 kejohanan major dan minor bagi musim kompetitif 2017/2018 didedahkan, ESL secara rasminya mengumumkan butiran mengenai kejohanan Major pertama yang akan dianjurkan mereka selepas tamatnya The International 2017. Kejohanan tersebut, ESL One Hamburg akan diadakan di Barclaycard Arena, Hamburg, Jerman pada 29 sehingga 30 Oktober 2017.

Lapan pasukan akan bertanding pada kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD $1,000,000 itu. Dua daripadanya akan dijemput secara terus oleh pihak ESL. Enam pasukan setersnya akan melayakkan diri melalui peringkat kelayakan yang akan diadakan pada rantau rantau utama iaitu Eropah, China, Asia Tenggara, CIS, Amerika Selatan dan Amerika Utara.

Seperti mana yang diumumkan Valve mengenai musim kompetitif 2017/2018, kejohanan ini akan memberikan pemain mata kelayakan yang menentukan sama ada mereka akan melayakkan diri ke kejohanan The International 2018 kelak.




Sumber : ESL
Dikuasakan oleh Blogger.