AirAsia Hantar Pasukan Sertai Selangor Cyber Games 2017

Foto : Selangor Cyber Games

Syarikat penerbangan AirAsia kini disahkan telah menghantar pasukan bagi menyertai kejohanan Selangor Cyber Games. Syarikat penerbangan itu dilihat telah menghantar dua pasukan bagi menyertai kejohanan Dota 2 di acara tersebut.Dua pasukan tersebut adalah AirAsia Allstars Esports Club - Team Alpha Dota 2 dan AirAsia Allstars Esports Club - Fun Team Dota 2.

Selain daripada AirAsia, Majlis Perbandaran Sepang turut sama menghantar dua buah pasukan Dota 2 iaitu PEBT MPSepang - Gyro Esports dan PEBT MPSepang - Gyro Esports 2. Selangor Cyber Games akan berlangsung selama dua hari pada 12 dan 13 Ogos ini di Paradign Mall,  Selangor. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 180,000.

Acara utama kejohanan ini adalah pusingan akhir bagi The Legend Circuit, sebuah liga tempatan bagi permainan League of Legends. Kejohanan juga tersebut menawarkan beberapa pertandingan bagi permainan popular lain seperti Dota 2, League of Legends, Fifa Online 3 dan Tekken 7.


Sumber : Wan Arief Imran

Dikuasakan oleh Blogger.