AdmiralBulldog Dilarang Memasuki Amerika, Tidak Akan Sertai The International 2017

Foto : Turtle Entertainment -

Dengan bahang The International 2017 yang semakin terasa, kini muncul sebuah masalah apabila salah seorang talent kejohanan tersebut dilarang daripada memasuki Amerika Syarikat. Henrik "AdmiralBulldog" Ahnberg dilarang memasuki Amerika setelah tidak mempunyai visa bekerja yang menepati syarat.

Bekas pemain pasukan Alliance itu dijemput menyertai The International sebagai pengulas perlawanan. Beliau ditahan dilapangan terbang Seattle selepas pihak kastam Amerika Syarikat menyatakan bahawa visa B1/B2 yang dimiliki beliau tidak sah bagi tujuan kerja yang akan dilakukannya. Akibat daripada ini, visa tersebut kini dibatalkan dan beliau terpaksa diterbangkan kembali ke negara asalnya.


Sumber : AdmiralBulldog
Dikuasakan oleh Blogger.