XBOCT Kembali Sertai Natus Vincere Sebagai Jurulatih

Foto : NaVi - 


Alexander "XBOCT" Dashkevich dilaporkan kembali ke Natus Vincere sebagai jurulatih pasukan itu. Beliau pernah bermain bagi pasukan NaVi bermula pada tahun 2010 dan kekal sehingga tahun 2015. Bersama sama pasukan itu, beliau menjulang piala bagi kejohanan The International yang pertama.

Pasukan NaVi yang sejak kebelakangan ini tidak begitu menyerlah, dilihat cuba mengatur semula pemain mereka. Terdapat ura ura bahawa beberapa pemain akan meninggalkan pasukan itu. Diharap dengan kembalinya XBOCT ke pasukan itu dapat mengembalikan zaman kegemilangan mereka.


Sumber : NaVi
Dikuasakan oleh Blogger.