Valve Umum Tidak Akan Anjur Kejohanan Major - Akan Guna Sistem Mata Kelayakan Bagi Jemputan TI 2018

Gambar daripada ESL


Valve menerusi laman blog rasmi mereka mengumumkan perubahan pada sistem kejohanan major mereka. Pihak Valve selepas ini tidak akan menganjurkan kejohanan major tetapi akan menaja kejohanan pihak ketiga sebagai kejohanan major atau minor yang baharu.

Menerusi sistem baharu ini, pihak Valve akan memilih kejohanan pihak ketiga dan menaja mereka. Sistem baharu ini akan terbahagi kepada dua, iaitu Major dan Minor. Bagi kejohanan bertaraf Major, ia haruslah menawarkan hadiah sekurang kurangnya $500,000 dolar. Pihak Valve kemudiannya akan menaja hadiah tambahan sebanyak $500,000 dolar.

Bagi kejohanan bertaraf Minor pula, ia mestilah menawarkan hadiah sekurang kurangnya $150,000 dolar dan pihak Valve akan menaja tambahan hadiah sebanyak $150,000. Kedua dua Major dan Minor harus mempunyai sekurang kurangnya satu peringkat kelayakan bagi setiap rantau utama (NA, SA, SEA, CN, EU, dan CIS).

Pemain yang menyertai kejohanan ini akan diberikan mata kelayakan bagi membolehkan mereka menerima jemputan terus ke kejohanan The International 2018. Mata kelayakan ini akan diberikan kepada individual dan bukan kepada pasukan. Skala mata yang diperoleh adalah berdasarkan taraf dan tarikh kejohanan dimana kejohanan yang hampir dengan The International menawarkan lebih banyak mata kelayakan.

Bagi membolehkan pasukan membawa masuk pemain baharu atau perubahan pemain, hanya tiga pemain yang mempunyai mata tertinggi didalam pasukan akan dikira untuk menerima jemputan bagi The International.
Dikuasakan oleh Blogger.