Valve Tutup Sementara Kedai Dalam Talian 'The Secret Shop' Selepas Aduan Kos Penghantaran Yang Terlalu Tinggi



Valve hari ini mengumumkan penutpan sementara The Secret Shop selepas ramai pembeli merungut tentang kos penghantaran yang terlalu tinggi. Ramai peminat mengutarakan pandangan mereka di Reddit bahawa kos penghantaran yang dikenakan adalah tidak berpatutan kerana mencecah ratusan dolar.


Valve, WeLoveFine is not fine, don't work with them for the next event from DotA2


Valve menerusi kenyataan yang dikeluarkan mereka berkata bahawa mencari keuntungan bukanlah misi utama mereka mewujudkan kedai Secret Shop ini, namun mereka hanya mahu membolehkan peminat permainan ini mendapatkan cenderamata dengan lebih mudah. Justeru itu, Valve akan mencari penyelesaian bagi kaedah pengedaran yang lebih berpatutan.
Dikuasakan oleh Blogger.