Ulangtahun Kedua - Rocket League Tawar Kadar Penerimaan Peti Hadiah Dua Kali Ganda



Bersempena dengan ulangtahun kedua pelancaran permainan Rocket League, permainan tersebut kini membawakan acara hujung minggu khas yang menawarkan kadar penerimaan peti hadiah dua kali ganda daripada biasa bermula sekarang sehingga 10 Julai 10 p.m. GMT.

Ulangtahun kedua ini turut membawakan kemaskini yang hadir dengan beberapa perkara menarik seperti tibanya arena baharu iaitu "Champions Field". Champions Field merupakan sebuah arena yang mempunyai sebuah patung gergasi yang mempunyai logo Rocket League, tiga tingkat tempat duduk penonton dan ia boleh digunakan pada semua perlawanan kompetitif mahupun perlawanan peribadi secara percuma

Kemaskini ini juga akan membawakan beberapa penambahbaikan seperti kemaskini enjin audio, audio latar baharu, efek grafik terkini dan trofi dan pencapaian serba baru. Nota penuh berkaitan kemaskini ini akan didedahkan kepada  umum di kemudian hari.



Sumber : Rocket League
Dikuasakan oleh Blogger.