The Secret Shop Bagi The International 2017 Kini Dibuka



Di setiap kejohanan Dota 2 yang dianjurkan oleh Valve, salah satu perkara yang dinantikan peminat adalah The Secret Shop. The Secret shop merupakan kedai yang menawarkan pelbagai aksesori, cenderamata dan item bertemakan Dota 2.



Kini, menerusi laman blog rasmi mereka, Valve mengumumkan bahawa The Secret Shop bagi The International 2017 kini telah dibuka. Para peminat boleh mula melayari dan menempah cenderamata pilihan mereka dan ia akan diposkan kepada pembeli. Bagi anda yang mahu membeli cenderamata tersebut, sila layari laman jualan ini disini.
Dikuasakan oleh Blogger.