Team SoloMid Juarai Rift Rivals 2017 (NA-EU)

Sumber : Team SoloMid


Team SoloMid menjulang piala Rift Rivals 2017 NA-EU selepas menundukkan pasukan Unicorns of Love pada perlawanan akhir kejohanan itu. Team SoloMid menewaskan Unicorns of Love dengan keputusan bersih 3 - 0.



Rift Rival merupakan sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Riot Games. Kejohanan ini meletakkan pasukan di sesebuah rantau untuk berlawan dengan pasukan di rantau terdekat mereka. Berikut merupakan pembahagian rantau didalam kejohanan ini :


  • NA vs. EU
  • LCK vs. LMS vs. LPL
  • GPL vs. OPL vs. LJL
  • LLN vs. CBLOL vs. CLS
  • LCL vs. TCL
Setiap pembahagian rantau akan mempunyai kejohanan mereka tersendiri. Format dan jumlah pasukan bertanding adalah berbeza bagi setiap rantau. Sesebuah pasukan tidak akan berlawan dengan pasukan yang berada di ranta yang sama dan hanya akan berlawan dengan rantau terdekat mereka. Sebagai contoh, pasukan dari rantau Amerika Utara (NA) tidak akan bertemu dengan pasukan lain dari ranta NA dan hanya akan berlawan dengan pasukan dari rantau Eropah (EU).

Berikut merupakan format bagi kejohanan Rift Rival untuk rantau EU dan NA.


Sumber : Lolesports.com


Dikuasakan oleh Blogger.