Team Liquid Juarai Dreamleague Musim Ke-7

Foto : Dreamhack


Team Liquid mengekalkan gelaran juara bagi kejohanan Dreamleague apabila menewaskan pasukan Planet Odd pada perlawanan akhir Dreamleague bagi musim ke-7. Ini merupakan kejuaran kedua selepas mereka turut memenangi gelaran juara bagi musim ke-6 pada tahun lalu.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di acara Dreamhack, Atlanta ini menyaksikan pasukan Liquid bangkit setelah ketinggalan pada awal siri permainan. Perlawanan yang diadakan dalam format terbaik antara 5 siri itu memperlihatkan pasukan Planet Odd memenangi dua siri pertama perlawanan.

Namun begitu, pasukan Liquid mula menunjukkan taring mereka apabila memenangi siri ketiga. Pasukan Liquid meneruskan rentak mereka dengan memenangi baki dua siri seterusnya sekaligus merangkul kejuaraan Dreamleague  bagi musim ke-7. Pasukan itu akan memawa pulang hadiah sebanyak US$ 80,000 sebagai juara kejohanan.






Foto : Liquipedia

Dikuasakan oleh Blogger.