SEMC Gantung Akaun Pemain Yang Mengeskploitasi Penggunaan Essense



Super Evil Megacorp menerusi forum rasmi mereka menyatakan bahawa pihak mereka telah mengenalpasti sejumlah kecil pemain yang menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk mengubahsuai sistem penggunaa Essense di dalam permainan Vainglory dan mengunakannya untuk menghasikan skin dengan percuma.

Kesemua akaun pemain yang telah menggunakan ekspoitasi tersebut kini digantung seumur hidup. Pihak SEMC juga telah mengemaskini dan menutup ekspoitasi tersebut. Mereka juga memberi amaran kepada mereka yang cuba untuk menggunakan peranti yang telah di'root' dan di'jailbroken' bagi tujuan yang sama bahawa mereka akan digantung kerana pihak SEMC boleh mengesannya.


Sumber : Forum Vainglory
Dikuasakan oleh Blogger.