s1mple Mengesahkan Pasukan NaVi Akan Melakukan Perubahan Pemain

Foto : NaVi


Pemain CSGO bagi pasukan Natus Vincere, Oleksandr 's1mple' Kostyliev melalui akaun Twitter beliau mengesahkan bahawa pasukan itu akan melakukan perubahan pemain. Keputusan itu mungkin diambil setelah mereka tersingkir pada peringkat kumpulan Kejohanan PGL Major Kraków 2017.

Pada peringkat kumpulan PGL Major Kraków 2017 beberapa hari lepas, pasukan Navi hanya memenangi satu perlawanan daripada empat yang disertai mereka. Pasukan itu tewas kepada pasukan Fnatic, G2 Esports dan Immortal. NaVi mengakhiri kejohanan tersebut dengan memperoleh kedudukan 12-14 kejohanan.


Dikuasakan oleh Blogger.