Renegades - Pasukan Terakhir Layakkan Diri Ke Dreamhack Masters Malmo



Pasukan yang berasal dari Austraia, Renegades menjadi pasukan terakhir melaykkan diri ke kejohanan CSGO Dreamhack Masters Malmo selepas menjuarai pusingan kelayakkan untuk rantau Amerika  Utara.

Pasukan itu berjaya menewaskan pasukan Liquid dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir  psingan kelayakan itu. Perlawanan itu memperlihatkan keda dua pasukan bermain di tiga peta iaitu Mirage, Cobblestone dan Train. Pasukan Liqid bermula dengan baik apabila memenangi peta Mirage namun pasukan Renegades bangkit untuk menguasai peta Cobblestone dan Train.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah terkumpul berjumlah  $250,000 USD dan akan berlangsung Malmo Arena, Sweden pada 30 Ogos sehingga 3 September kelak. Pasukan Renegades akan menyertai 15 pasukan lain yang telah melayakkan diri ke kejohanan itu iaitu :

  • SK Gaming
  • Astralis
  • FaZe Clan
  • G2 Esport
  • North
  • Natus Vincere
  • Virtus.pro
  • Fnatic
  • OpTic Gaming
  • Immortals
  • Gambit
  • NiP
  • B.O.O.T-d[S]
  • Mousesports
  • EnVyUs


Dikuasakan oleh Blogger.