Pudge Dan Rubick - Finalis Undian Arcana The International 2017




Dengan kejohanan terbesar Dota 2, The Interntional semakin menghampiri, kini hanya tinggal dua hero berjaya ke pusingan akhir undian arcana bersempena dengan The International. Dua hero tersebut adalah Pudge dan Rubick. Pudge menewaskan Invoker pada pusingan separuh akhir dengan undian keseluruhan berjumlah 15,590,342. Rubick pula menewaskan Sniper setelah menerima 15,467,920 undian. 

Pemenang bagi undian ini akan diumumkan papda kejohanan The International yang akan berlangsung pada 7 - 12 Ogos kelak. Pada kejohanan The International 2016 yang lalu, Juggernaut berjaya memenangi undian arcana ini setelah menewaskan io dan menerima arcana khas bernama Bladeform Legacy Arcana yang mempunyai dua stail yang boleh digunakan.






Sumber : Wykrhm
Dikuasakan oleh Blogger.