PGL Major Kraków 2017 : FlipSid3 Bangkit Dari Ketinggalan - Tewaskan Penta Esports



FlipSid3 Tactics memaparkan persembahan membanggakan setelah berjaya mencipta kejutan apabila bangkit dari ketinggalan pada perlawanan mereka bersama dengan Penta Esport. Penta Esport bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan mengakhir pusingan tersebut dengan keputusan 11 berbalas 4.

Penta memulakan separuh masa kedua dengan memenangi beberapa siri namun setelah keputusan  mencapai 13 - 9 memihak kepada Penta, pasukan FlipSid3 mula bangkit dan memenangi kesemua siri selepas itu. Pasukan FlipSid3 akhirnya mengakhiri perlawanan ini dengan keputusan 13 - 16.

Dengan tertewasnya Penta Esports kepada FlipSid3, pasukan itu kini tersingkir daripada kejohanan PGL Major Kraków 2017. Pasukan FlipSid3 pula perlu mencari sebuah lagi kemenangan bagi menempah tiket ke pusingan play-off.


Dikuasakan oleh Blogger.