Pemain Di Liga Overwatch Akan Terima Gaji Tahunan Minimum $50,000



Selepas mengumumkan tujuh pemilik pertama slot liga Overwatch bagi musim pertama, Blizzard kini mengeluarkan kemaskini terbaru menfokuskan pemain pada Liga Overwatch mereka. Sebagai permulaan,  Blizzard mengumumkan jendela pendaftaran khas bagi menandatangai pemain baru bermula daripada 1 Ogos sehingga 30 Oktober 2017.

Bliizard turut sama mengumumkan manfaat yang akan diterima oleh kesemua pemain liga ini. Antaranya adalah :

  • Pemain akan diberikan kontrak selama  setahun dengan pilihan untuk menambah satu tahun tambahan.
  • Pemain akan menerima gaji tahunan sebanyak $50,000 setahun, minimum.
  • Pasukan akan memberikan pemain insuran kesihatan dan simpanan persaraan.
  • Pasukan akan memberikan sekurangnya 50% dariapda bonus yang diterima kepada pemain (Hadiah dariapda liga/acara khas).


Blizzard turut memperlihatkan peraturan utama liga iaitu :

  • Setiap pasukan harus mempunyai sekurangnya 6 pemain aktif dan tidak melebihi 12 orang pemain.
  • Tiada arangan untuk mengambil pemain daripada rantau asing.
  • Pasukan akan membekalkanrumah dan temapt latihan yang menepati standard yang ditetapkan oleh Blizzard

iga Overwatch akan bermula pada penghujung tahun ini dan menawarkan jumlah bonus USD $3.5 Juta dengan juara liga akan memperoleh sekurang kurangnya USD $1 Juta. 


Sumber : Overwatch League

Dikuasakan oleh Blogger.