Pelan Hala Tuju Champion - Julai : Vanguard Baharu - Pengubahsuaian Swain, Azir dan Xin Zhao

Riot hari ini mempamerkan pelan hala tuju Champion mereka bagi bulan Julai dimana mereka mengumumkan sebuah champion baru dari kelas Vanguard dan pengubahsuaian Champion sedia ada seperti Azir, Xin Zhao dan Swain.



Selepas melakukan kemaskin terhadap jenis kelas bagi champion, dan meakukan perubahan pada Champion agar mengikuti jenis kelas tersebut, Riot kini mahu mencipta sebuah Champion dari kelas Vanguard yang mampu mengikuti ciri ciri sebenar untuk hero dari kelas itu. Riot mahu mencipta sebuah Champion yang mampu menjadi perancang corak dan tempo permainan.

Selain daripada Champion baru, Riot turut megumumkan pengubahsuaian terhadap Champion seterusnya iaitu Azir, Xin Zhao dan Swain. Azir yang terlalu kuat (OP - Overpowered) menyebabkan masalah terutamanya pada arena kompetitif. Bagi Xin Zhao pula, Riot mahu mengubah Champion itu untuk menambah baik abilitinya dan memberikannya identiti strategik didalam permainan itu.





Bagi Swain pula, Champion tersebut akan menerima kemaskini rupabentuk visual agar lebih menepati dengan wataknya iaitu ketua kedada Noxus. Riot akan mengubahsuai kit Champion tersebut secara keseluruhan termasuk corak  permainnya.


Sumber : League of Legends
Dikuasakan oleh Blogger.