Maklumbalas Buruk - Vainglory Tangguh Kemaskini 2.7 - Pulang Semula Glory Hasil Jualan Talent



Super Evil Megacorp menerusi video kemaskini pertengahan musim panas mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan kemaskini 2.7 dan akan menangguhkan pelancaran kemaskini tersebut untuk membolehkan mereka mengubahsuai dan membaiki permainan tersebut mengikut maklumbalas yang diterima mereka daripada pemain.

Antara maklumbalas yang diterima pihak mereka mengenai kemaskini 2.6 adalah kos 'talent' terlalu tinggi dan tidak berbaloi dengan abiliti yang diterima. Selain itu, pemain juga memaklumkan bahawa pengamlaman permainan kini tidak lancar dan kurang memuaskan, terutamanya bagi pemain dari rantau Asia Tenggara. Pemain juga merungut mengenai 'matchmaker' yang tidak menyesuaikan pemain dengan lebih baik dan adil.

Justeru itu, pihak SEMC telah membatalkan kemaskini 2.7 dan akan mengerjakannya semula berdasarkan maklumbalas yang diterima. Pihak SEMC juga telah melancarkan kemaskini 2.6.1 yang membaik pulih jeda ketika bermain untuk mod 'brawl'.

Selain itu, SEMC juga akan melancarkan kemaskini utama berkaitan dengan rangkaian dengan menambahan server tempatan bagi perlawanan umum bermula dengan pemain dari Australia. Jika kemaskini ini berjaya menambah baik rangkaian bagi pemain di sana, ia akan diperkembangkan untuk pemain bagi rantau Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Timur.

Berkenaan dengan kos talent yang terlalu tinggi, pihak SEMC juga mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan kos untuk memeli talent dan akan memulangkan semula glory yang telah digunakan untuk membeli talent pada harga lama kepada pemain.




SEMC juga memperlihatkan perkembangan mod permainan 5 lawan 5. Menerusi video yang dipaparkan, peta awal bagi mod permainan ini di lihat tidak jauh berbeza dengan permainan Moba lain.






Sumber : SEMC
Dikuasakan oleh Blogger.