Madison Square Garden Kini Pemilik Saham Terbesar Organisasi Counter Logic Gaming

Foto : Counter Logic Gaming


Counter Logic Gaming menerusi laman web rasmi mereka mengumumkan kerjasama dengan syarikat The Madison Square Garden (MSG). MSG kini merupakan pemilik saham terbesar organiasi CLG. Madison Square Garden merupakan sebuah arena pelbagai fungsi yang terletak di bandaraya New York.

Arena tersebut merupakan tuan rumah bagi pasukan hoki ais (NHL), New York Ranger dan bola keranjang (NBA), New York Knicks. Kerjasama ini juga memperlihatkan langkah pertama MSG untuk memasuki arena esukan mengikut jejak langkah beberapa pasukan sukan tradisional lainnya yang melabur didalam arena esukan.




Sumber : Counter Logic Gaming
Dikuasakan oleh Blogger.