Kerajaan Filipina Kini Iktiraf Pemain E-sukan Sebagai Ahli Sukan Profesional



Mendapatkan Visa sebagai pemain sukan elktronik bukannlah sesuatu perkara yang mudah. Terdapat banyak pasukan terpaksa membatalkan penyertaan mereka setelah permohonan visa mereka ditolak. Dalam usaha untuk membantu pemain e-sukan mereka menyertai kejohanan antarabangsa dengan lebih mudah, kerajaan Filipina kini mengiktiraf mereka sebagai ahli sukan.

Pemain bertaraf profesional akan diberikan lesen atletik yang akan mengiktiraf mereka sebagai atlet profesional rasmi. Pengiktirafan ini akan membantu mereka mendapatkan visa dengan lebih mudah kerana taraf rasmi daripada kerajaan tersebut.

Pada 19 Julai lalu, pemain bagi pasukan TNC Pro Team dan Execration yang akan menyertai kejohanan Dota 2 pada bulan Ogos kelak, The International 2017 telah dijemput ke Philipines Games and Amusements Board (Lembaga Sukan dan Permainan Filipina) dan diberikan lesen atletik tersebut.

Sumber : ESPN Esports

Dikuasakan oleh Blogger.