Juara The International 2017 Kini Akan Memperoleh Lebih Daripada RM42 Juta!



Setelah melangkaui jumlah hadiah keseluruhan The International 2016 tiga minggu lalu, kini The Internation 2017 mencipta sebuah rekod baharu apabila juara kejohanan tersebut akan memperoleh hadiah melebihi 10 juta USD (+-RM 42,829,000)!

Pada ketika artikel ini ditulis, jumlah hadiah yang berjaya dikumpul adalah USD$ 22,755,145. Pemenang tempat pertama kejohanan akan membawa pulang 44% daripada jumlah hadiah tersebut iaitu USD $10,012,264 (+- RM 42,881,525) pada ketika ini.

Ini merupakan rekod jumlah hadiah terbesar bagi kejohanan esukan didunia. The International 2017 akan berlangsung di Key Arena, Seattle pada 2 - 12 Ogos ini.



Foto : Wykrhm

Dikuasakan oleh Blogger.